Thursday, October 3, 2013

Re Intro

Lately blog ni macam suram je, adekah sebab tema blog ni? kaler itam? Tapi ade background bintang bling²  ape. .  Hahahah, kerja aku dah buat aku lupa yang aku ade blog, walaupon tak ade orang baca blog ni, sekarang aku kerja dalam industri Hotel F&B, di banquet dept. Mula² aku part time je, tapi manager situ ajak aku join krew diorang, pada aku yang tak ada langsung knowleage pasal Hotel ni, aku perlahan²  belajar, lepas setahun aku disini, banyak yang aku belajar dan kenangan² pahit manis di industri F&B ni, memang enjoi, walaupun kerja, tapi masih dapat attend event² yang ada, macam² hiburan dan pengetahuan berdasarkan event yang kami hoskan pada pelanggan, dari majlis anugerah sekolah mahupun annual dinner sampai lah ke seminar²  mlm, memang seronok dan mencabar, pengaturan staff, masalah event dan lain²  lagi . . Semua pengatahuan dan pengalaman memang membawa perubahan pada hidup aku, walaupun penat berkerja melakukan turnover demi turnover, masih dapat enjoi dengan staff²  mahupon penganjur envent²  disini, harap wife aku dapat bersabar, walaupun kadangkala aku berkerja dari 16 sehingga 32jam sehari, dia lah yang memberi aku sokongan untuk teruskan kerjaya aku ini. Ok ini sahaja untuk post ini, akan aku cuba untuk lakukan yang terbaik demi korang yang membaca, cyaa . .    ヘ(^_^ヘ)(ノ^_^)ノ

No comments:

Post a Comment